Saturday, March 23, 2013

Perkhemahan


Assalamualaikum. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai :)
Apa buat , buat apa? heee okaay petang tadi baru balik dari kem. 2 hari 1 malam tak sampai pun 1 hari 1 malam jee haha. Pergi hari jumaat petang dan balik harini sabtu tengahari tadi. Okay petang jumaat tuh dah start dirikan khemah , okay first time diri khemah sendiri kalau time darjah 6 dulu cikgu dah sediakan tinggal masuk jeee haha. Rupanya takdelah susah sangat pasang khemah ni , buat sorang pun bolehh tapi makan masa sikitlah haha. Okaay lepas je pasang khemah cantik-cantik , kemas. Dah kena masak sendiri biasalah nama pun kem perkhemahan , sedap tak sedap telan jelah. Cikgu bekalkan beras , kicap , telur , garam , gula , sawi , 4tin sardin , minyak , arang , kayu. Memang lah tak pandai bab bab nak menyalakan api , so bagilah dekat ketua yang agak lasak sikit buat kerja ni hehe. First kiteorang masak nasi , fuhh tak penah masak nasi guna periuk haha , kejap kejap jaga api , pastu tenguk nasi dah masak belum haha. Okay lepas tu nasi dah masak rasa nasi keras sikit pulak , takpe okay lah tuh balun saja lah. Kedua nak masak telur. Dah panaskan minyak masuk minyak , letak telur agak dah nak masak belum paling lagi telur tuh dah kering , dah lah kering mentah memang tak masak lah kan hehe.api dah marak hitam terus kuali mampus kena sental sebab cikgu kata kalau hitam sangat sental sental bagi macam mula-mula dapat haha time tuh telur dah kering gila , dah lah kering mnetah memang tak masak lah kan hehe.. Gurau je tuh sebenarnya.Okay kuali tuh pergi basuh  , sambil tunggu basuh masak sawi nasib baik jadi. dah lah jadi sedap pulak tuh , memang sedap jelah kalau dh lapoooo kah kah. pastusiap siap mandi semua standby solat mabgrib , isyak dan bacaan yassin.
           Lepas solat sementara menunggu barbeque yang bakal dihidangkan oleh guru kiteorang akan menampilkan di malam kebudayaan. Sebelum tu kiteorang buat persembahan, kami diberikan masa untuk persiapan  memang idea semua spontan je malam tuh jugak baru nak buat persembahan haha Alhamdulillah terbaik. okay tapi kami tewas dan di memangi oleh Puteri  Islam yang membuat persembahan catwalk.Okay lepas habis semuanya kiteorang mneikmati lah ayam , sosej perhh nyumm nyumm. Okayy lepas makan tidurr. Tak tahu camne boleh terlelap , bangun je aku dengna syazana tersedar. Okay lupa pulak 1 unit uniform ada 10 orang dan dibekalkan 2 khemah 1 khemah 5 orang. Okay yang lain 3 orang tuh aku tak tahu lah badan apa , aku dengan syazana bangun jeh bapaak ahh berpeluh siott , berjurai - jurai memang tak tahan. Nak keluar guna pintu budak ni dah tido nyenyak tak sampai hati pulak kang terganggu mimpi. Pastu ada tingkap keluar dari situ nasib baik muat hehe. perh barulah rasa sejuk sikit , Depan khemah tuh ada tikar budak ni bawak dia letak luar. Aku dgn syazana and adelagi budak uniform lain yg takleh tidur pun lepak situ. Agak - agak dah reda sikit masuk khemah. Mane taknya panas diorang tutup khemah memang takde angin nak masuk. Aku pun rimass tenguk aku bukak jeee baru lah lega sikit hehe. So tidur tidur m dah pagi time mandi , and solat subuh dan dengar ceramah. Haha time dengar ceramah mata memasing tak boleh belah memang ngantuk gylaaa lah. last last baru okay sikit.
          Lepas solat subuh , dalam kul 7:30pg pergi masak mee goreng. Time nak balik lah baru menjadi jadi mee kiteorang walaupun kalah dengan uniform KRS. Sokaaay tak kisah :p Okay lepas makan , kemas , semua suruh kawat kaki pulak di bawah siaran matahari. Perhhhh berjurai - jurai peluh. Kawat kaki mesti lah dimenangi oleh Kadet Polis Yahooooo! Okay lepas tu kemas - kemas khemh , turunkan khemah dan salin baju uniform masing - masing.Dengar ucapan sikit , penyampaian hadiah , pemulangan khemah , dan bergambar. Cuba teka apa yang belum aku bagtahu kat sini? hehe lokasi perkhmeahan di sekolah saja haha , sebenarnya baru pertama kali mengadakan perkhemahan. Okay tahu tengah gelak sekarang :p tapi inilah kali pertama dan akhir di sekolah tahun depan buat dekat luar pulak lagi jauh , jauh dan jauh :P Itu saja Assalamualaikum :')